PENYANYI bertubuh kecil dan memiliki suara serak basah ini mampu memukau pendengar dengan caranya yang tersendiri.
Melonjak naik menerusi single Bukan Hal Aku, Kaka Azraff kini tampil dengan single terbaharu Terima Kasih.
Kejayaan single sebelum ini membuatkan Kaka meneruskan kolaborasinya dengan Alif dari kumpulan Sleeq.
Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff itu memberitahu sebuah laman hiburan, dia selesa dapat bekerjasama dengan Alif yang memahami kehendak dan jiwanya dalam seni muzik selain turut berkongsi citarasa yang sama.
“Sekali lagi single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama ini merupakan sentuhan sepenuhnya oleh Alif (Sleeq).
“Jujur dikatakan saya selesa dapat bekerjasama dengan orang yang faham dengan jiwa muzik saya. Alif dan saya mempunyai cita rasa yang sama dalam cabang ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kaka turut menzahirkan kesyukuran kerana peminat muzik tempatan sudah boleh menerima lagu berentak ‘Electronic Dance Music’ (EDM).
“Alhamdulillah pendengar di Malaysia sekarang sudah mula menerima lagu berentak ‘Electronic Dance Music’ (EDM) dan tidak dinafikan lagu Bukan Hal Aku memang sangat kuat auranya.
“Jadi saya berharap agar peminat dan pendengar dapat menerima lagu terbaru saya ini pula,†jelasnya.
Selain tampil dengan single terbaharu, Kaka juga bakal muncul dalam sebuah filem berjudul Aliff Dalam 7 Dimensi. Pada masa yang sama, dia turut menyumbang suara kepada runut bunyi filem tersebut berjudul Kudrat. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Media Hiburan