Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kes Najib Bantah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Kes bantahan Datuk Seri Najib Razak terhadap pelantikan Datuk Gopal...

Ibu Tunggal Maut Ditanduk...

SEGAMAT - “Saya tidak boleh pergi dekat untuk menyelamatkan mangsa kerana kerbau itu...

Kayveas Sah Dilucutkan Jawatan...

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP dan...

Memang Benar PAS Mahu...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa fikirannya jadi berserabut...

Kanak-Kanak Terkena Kipas Selepas Dilambung Bapa

RAYONG (Thailand) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain.

Ketika kejadian, mangsa Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.

Oum dikejarkan ke sebuah hospital di Rayong, di mana doktor segera melakukan pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan dari luka sepanjang 10 sentimeter itu.

Lebih malang lagi, doktor berkenaan terlebih dahulu mengugut enggan merawat mangsa sehingga keluarganya bersetuju membayar ribuan dolar untuk pembedahan itu.


Em berkata, ketika kejadian dia hanya bermain dengan anaknya di rumah mereka seperti biasa.

“Namun, secara tidak sengaja saya melambung anak saya terlalu tinggi sehingga kepalanya terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

“Saya panik melihat darah yang mengalir dengan banyak dari dahi anak saya dan segera membawanya ke hospital,” katanya. – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • kipas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori