Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Alat Sulit Budak 3...

INDIA – Kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kini berubah sama sekali...

‘Saya Selamat Kerana Jadikan...

BELUM ajalnya... Seorang kru yang terselamat dalam nahas pesawat membawa pasukan bola sepak Chapecoense...

Lebih 34 Peratus Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,239,194 individu atau 34.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima...

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel...

TH Nafi Lulus Neelofa Tunai Haji Lepas Sebulan Daftar

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan memberi kelulusan kepada seorang artis tempatan untuk menunaikan haji selepas sebulan membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.

TH dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.

“Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH,” kata kenyataan itu.

Menurut TH, pihak mereka sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Oleh itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit TH.


Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, akan menunaikan haji bersama ibu bapanya selepas sebulan mendaftar di TH. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori