Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Newcastle Tempah Pertembungan Dengan...

LONDON - Newcastle United menambah derita Manchester City dengan kemenangan 2-0 di laman...

Kawasan Selamat Pantai Batu...

KUALA TERENGGANU - Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, kerajaan negeri kini membuka beberapa...

Latheefa, Azam Baki Beri...

PETALING JAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya selesai...

Trafik Di Beberapa Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih sesak...

TH Ziarah Waris Jemaah Haji Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris jemaah haji Allahyarham Che Isa Che Awang, 61, yang meninggal dunia di Makkah pada 25 Ogos lalu.

Che Isa meninggal dunia pada pukul 5.10 petang akibat serangan jantung.

Kunjungan Ahli Lembaga Pengarah TH Tan Sri Shukry Mohd Salleh turut disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan beberapa petugas TH yang lain.

Shukry berkata TH berharap kunjungan itu dapat memberi kekuatan kepada anak tunggal Allahyarham iaitu Saidatul Akmar, 32, bersama suaminya Mohd Faizal Ngah, 35, dan anak mereka, Iman Solihin, 2.

“Semoga keluarga ini sabar menerima ujian kehilangan Allahyarham terutama isterinya, Junaini Ab Rahman yang ketika ini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa untuk mengadakan majlis tahlil yang diketuai penceramah bebas, Mohd Syukri Ali.

Sementara itu, Saidatul Akmar ketika ditemui pemberita berkata beliau sempat menghubungi ayahnya pada pukul 10 pagi pada hari kejadian dan Allahyarham kedengaran begitu ceria berkongsi pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci.


Beliau yang reda dengan pemergian ayahnya itu berharap ibunya dapat menunaikan ibadah haji dengan lancar dengan bantuan petugas TH di Tanah Suci.

“Mula-mula mama hubungi saya beritahu nak balik Malaysia, mungkin terlalu sedih dengan pemergian abah secara mengejut kerana abah memang tiada apa-apa sakit sebelum ini sebaliknya mama yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Namun dengan nasihat dan kaunseling daripada petugas TH di sana, mama akhirnya mahu melaksanakan ibadah haji sehingga selesai…mama pesan kat saya supaya jangan sedih kerana abah meninggal selepas menunaikan solat asar di dalam masjid,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada TH yang memberi peluang untuk ibunya pulang dengan penerbangan awal iaitu KT3 berbanding KT21 mengikut jadual asal.

“Terima kasih banyak kepada TH kerana begitu prihatin dengan jemaah haji malah sangat menjaga kebajikan waris di sini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori