Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JKM Mohon Kesan Waris...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan memohon kerjasama orang ramai...

Kluster Baharu COVID-19 Dari...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang...

Manchester United Akhirnya Lepaskan...

MANCHESTER United secara rasmi melepaskan Zlatan Ibrahimovic pada Jumaat apabila menamakan penyerang Sweden...

RM7 Juta Untuk Tanjung...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan peruntukan berjumlah RM7...

Tiada Hubungan Cinta, Baju Sedondon Hanya Kebetulan

PELAKON Nazrief Nazri, 25, mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap Emma Maembong dan dia juga tidak mempunyai niat untuk menganggu hubungan Emma bersama Kamal Adli.

Tambahnya, dia hanya mengenali Emma dengan lebih rapat sejak menjalani penggambaran bersama menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

“Saya baharu sahaja mengenali Emma dengan rapat sejak kami berlakon bersama dalam Nasi Minyak Kuah Cinta. Sebelum ini kami hanya bertegur sapa di majlis hiburan.

“Memang saya serasa berlakon bersamanya, tetapi tiddak terfikir untuk bercinta atau mengambil kesempatan terhadap hubungan Emma dan kamal. Saya tidak nafikan, memang dia seorang yang mudah mesra dan cantik,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Nazrief dan Emma juga dilihat hadir ke majlis rumah tersuka bersama-sama sambil menggayakan pakaian dengan warna sedondon.

“Sebelum ke rumah terbuka itu kami masih lagi menjalani penggambaran dan ke majlis tersebut secara berasingan. Emma dengan pembantu dia dan saya dengan pembantu peribadi saya.


“Sampai di majlis itu baru perasan baju kami agak sedondon dan ia secara kebetulan bukan dirancang. Jadi alang-alang kami berjalanlah sekali,” ujarnya.

Tambah Nazrief, dia tidak begitu mengenali pasangan kekasih tersebut dan tidak mengikuti perkembangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori