Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Awie Korban Cita-Cita Politik...

MELIHAT kepada kemeriahan suasana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini, penyanyi,...

Empat Lelaki Menyamar Jadi...

JABATAN Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di...

Cadangan Waktu Pusat Hiburan...

SHAH ALAM - Cadangan untuk mewajibkan semua pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup...

Qatar Airways Sasar Terus...

GEORGE TOWN ā€“ Qatar Airways sedang mengkaji kemungkinan untuk menambah Langkawi kepada senarai...

Tiada Pembalakan Dibenar Di Hutan Hulu Terenggun

BENTONG – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan tiada kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Dara Hulu Terenggun di Kuala Lipis, dekat sini.

Sebaliknya, beliau berkata semakan dengan Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman mengesahkan kebenaran hanya diberikan untuk kerja-kerja mengeluarkan balak bagi pembinaan jalan.

“Saya telah semak dengan jabatan perhutanan dan fakta itu (kegiatan pembalakan) tidak betul. Jabatan perhutanan juga memantau kerja-kerja yang dilakukan dengan ketat. Itu yang saya dapat daripada pengarah perhutanan,” katanya.

Adnan berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Bentong di Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Pahang di laman Facebooknya bahawa berlaku aktiviti pembalakan di hutan simpan itu, yang dikatakan dilakukan bagi tujuan pemetaan emas.

Sehubungan itu, Adnan menggesa pihak yang berkaitan untuk menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan isu berkaitan alam sekitar dan tidak terus memuat naik status di laman sosial tanpa pengesahan pihak berwajib.

“Kita faham sesetengah pendirian orang, ada yang mengkritik untuk membina dan ada yang mengkritik untuk mencari kelemahan atau mempunyai motif tertentu seperti politik, peribadi atau sebagainya.


“Kalau mengkritik untuk membina kita sangat terbuka. Kalau kita salah, kita akan akui dan jika tidak benar, kita akan berikan berita yang tepat. Ini yang sepatutnya,” katanya.

Berhubung aduan penduduk Perumahan Balok Baharu di Balok, Kuantan yang mahu tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Nyior yang telah berlarutan sejak Februari lalu, Adnan memberi jaminan akan meminta penjelasan daripada pihak berwajib.

“Saya tidak mendapat perincian lanjut lagi, namun saya akan minta jabatan yang berkenaan untuk menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri dan kita akan maklumkan orang awam tindakan selanjutnya,” katanya.

Selasa lalu, Bernama melaporkan keluhan penduduk yang tidak sanggup untuk mencium bau Sungai Nyior yang seakan-akan bau najis selain air sungai yang turut berwarna hitam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang juga pada April lalu mengesahkan air sungai itu dicemari dengan bakteria E-coli, namun sehingga kini punca pencemaran itu masih belum dapat dikenal pasti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori