Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Razaleigh Positif COVID-19

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19...

MIER Semak Semula Unjuran...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran...

Vinicius Bintang Baharu Real...

GIRONA - Vinicius Junior mencuri tumpuan ketika membantu Real Madrid menang 3-0 ke...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria...

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah...

Tiada Kemalangan Jiwa Drama Lapangan Terbang Dubai

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia adalah di antara 282 penumpang dan 18 kru pesawat Emirates yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Rabu.

Emirates di laman Facebooknya mengesahkan tidak ada kemalangan jiwa dalam insiden itu yang melibatkan penerbangan EK521 yang terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum di Thiruvananthapuram, India, ke Dubai.

Pesawat Emirates Nahas Ketika Mendarat Di Dubai

“Semua penumpang diambil kira dan selamat,” kata Emirates, yang menyifatkan kejadian itu sebagai ‘masalah operasi ketika mendarat’.

Syarikat penerbangan itu berkata mereka dalam pesawat Boeing 777 itu adalah dari India (226); United Kingdom (24); Emiriah Arab Bersatu (11); Amerika Syarikat dan Arab Saudi (masing-masing enam); Turki (lima); Ireland (empat); dua masing-masing dari Australia, Brazil, Jerman, Malaysia dan Thailand; dan satu masing-masing dari Croatia, Mesir, Bosnia & Herzegovina, Lubnan, Filipina, Afrika Selatan, Switzerland and Tunisia.


Emirates menyatakan perhatian utama akan terus diberi kepada mereka yang terlibat dalam insiden itu di samping bantuan kepada keluarga dan rakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori