Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lagi Gempa 6.5 Skala...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South...

Boleh Kerjasama Tetapi Terima...

KUALA LUMPUR - PAS boleh bersama dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bukan...

Tragedi Bukan Tiket Kritik...

KUALA LUMPUR - Tragedi kebakaran yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak...

Tak Laku, Salahkan Ekonomi!...

FILEM Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan dan lakonan terkini oleh sutradara terkenal Ahmad...

Tiada Kuota Istimewa Berhubung Ibadat Haji – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan tiada sebarang kuota istimewa atau visa khas yang diperuntukkan kepada mana-mana individu termasuk jemaah menteri berkaitan penggiliran melaksanakan ibadat haji.

Beliau berkata Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan ‘Sistem Pendaftaran Terbuka’ sejak 1993 iaitu kaedah ‘yang mendaftar dahulu, didahulukan, manakala yang mendaftar kemudian, dikemudiankan’.

“Semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji, akan layak dipilih untuk menunaikan ibadah itu apabila tiba giliran tahun diperuntukkan menunaikan haji mereka,” katanya dalam satu kenyataan menjawab kekeliruan masyarakat mengenai kuota dan giliran haji, di sini hari ini.

Beliau berkata persepsi itu wujud disebabkan salah tanggapan umum terhadap kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu menerusi laman sosial, katanya.

Menurutnya, sistem penggiliran itu dilaksanakan mengikut prosedur sedia ada yang ketat, kecuali sekiranya terdapat kekosongan atas sebab pendeposit menangguh giliran mereka atau berlaku kematian.

Jamil Khir berkata pihak TH akan mempertimbangkan kekosongan kepada mereka yang lebih awal kepada membuat rayuan termasuk soal mahram seperti suami, anak atau bapa yang perlu menemani wanita berusia 45 tahun ke bawah.

“TH juga akan mempertimbangkan rayuan untuk bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas. Pemilihan menunaikan haji tersebut dipantau secara berkala oleh Jabatan Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.


Beliau menjelaskan bahawa bahawa kuota jemaah haji Malaysia telah ditetapkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Peruntukan kuota itu dipersetujui anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), katanya.

“Bagaimanapun, kuota jemaah haji setiap negara telah dikurangkan 20 peratus sejak 2013 berikutan kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah yang sedang digiatkan dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata pembesaran kawasan Masjidil Haram adalah bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah pada masa depan yang menjadikan kuota jemaah haji berkurang daripada 27,900 kepada 22,320 setahun.

Untuk tahun ini, katanya, kerajaan telah berusaha mendapatkan kuota tambahan, namun sehingga kini, tiada sebarang kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori