Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pandai Melawak Buat Mark...

TUAH nyata menyebelahi penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam yang kini semakin dikenali sebagai...

Kempen 5 Juta Tempat...

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13...

2 Lelaki Geng Samun...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, pecah rumah dan curi...

PM Kutuk Serangan Pelampau...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelampau Somalia yang...

Tiada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Di Hua Hin

BANGKOK – Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan berganda di Hua Hin, bandar peranginan popular pinggir pantai, lewat malam tadi yang mengorbankan seorang wanita Thai dan mencederakan 20 orang lagi termasuk sepuluh pelancong asing.

Timbalan Ketua Balai Polis Hua Hin, Leftenan Kolonel Samer Yusamran mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam senarai mangsa yang cedera akibat insiden dua letupan yang berlaku selang beberapa minit pada jam 10 malam tadi (waktu tempatan).

“Bom pertama meletup pada 9.59 malam manakala bom kedua pula meletup beberapa meter dari situ tidak lama selepas letupan pertama. Kedua-dua bom itu diledakkan menggunakan telefon bimbit memandangkan pihak berkuasa menjumpai serpihan telefon di lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama hari ini.

Wanita Thai yang maut itu dikenal pasti sebagai seorang penjaja makanan manakala pelancong asing yang cedera pula termasuk lima rakyat Itali, tiga Belanda, seorang Australia dan seorang Jerman.

Samer berkata warga Thai yang cedera dalam insiden itu pula berjumlah sembilan orang, kebanyakan mereka adalah penjaja yang menjual barangan di tepi jalan di kawasan berkenaan ketika bom itu meletup, mengakibatkan beberapa orang daripada mereka cedera parah.

hh1

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke pusat perubatan yang berhampiran, Hospital Besar Hua Hin, San Paolo dan Hua Hin Bangkok Hospital untuk mendapatkan rawatan segera, katanya.

Kebanyakan pelancong asing itu cedera ringan, kata Samran.

Beliau berkata bahan letupan berkuasa tinggi digunakan dalam insiden itu dan pasukan pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian untuk memeriksa kawasan berkenaan untuk mendapatkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan.

“Kami belum mengenal pasti motif insiden ini namun kami tidak menolak sebarang andaian. Oleh kerana sebahagian besar mangsa adalah warga asing, terdapat kemungkinan warga asing merupakan sasaran bom berkenaan,” katanya.


Kawalan keselamatan di bandar peranginan itu diperketatkan susulan insiden pengeboman itu memandangkan pihak berkuasa menjangkakan kebanjiran pelancong bersempena cuti umum di Thailand bermula hari ini.

Ulang tahun ke-84 kelahiran Ratu Sirikit pada hari ini adalah cuti umum di Thailand.

Pengeboman di Hua Hin itu merupakan insiden keganasan kedua melanda Thailand semalam berikutan satu lagi letupan yang berlaku sebelum itu di sebuah pasar yang sibuk di Trang, terletak di bahagian selatan negara ini, yang mencederakan enam orang.

Seorang daripada mangsa yang cedera itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran.

Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan timbalannya, Jeneral Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan, menggesa pihak berkuasa supaya memburu pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Insiden letupan di Hua Hin dan Trang itu berlaku hanya beberapa hari selepas kerajaan pimpinan tentera di Thailand berjaya mengadakan pungutan suara di seluruh negara berkaitan draf perlembagaan.

Pungutan suara pada Ahad itu menyaksikan 61 peratus orang yang layak mengundi menyokong draf perlembagaan itu, yang merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju politik kerajaan untuk kembali kepada demokrasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori