Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anu Kanak-Kanak Putus Digigit...

ZHYTOMYR OBLAS (Ukraine) - Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda peliharaan...

Bagai Dirasuk Hantu, Serang...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki gagal mengawal emosinya apabila bertindak seperti dirasuk hantu...

Pemancing Hilang Di Hutan...

KUANTAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama dua rakannya di...

Kerajaan Lulus Dua Syarikat...

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk penjualan gula...

Tinggalkan Anak Kepada Orang Asing, Kerana Marahkan Suami

KANAK-KANAK berusia dua tahun ini telah ditinggalkan oleh ibunya di luar tandas awam di Huizhou, China, hanya disebabkan wanita berkenaan bengang dengan suaminya berhubung penjagaan anak mereka.

Dia ditinggalkan bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, selepas ibunya memberi alasan mahu ke tandas, namun wanita itu tidak kunjung tiba dan menghilangkan diri. Bapanya tiada di situ dan menetap di Hong Kong.

Lelaki tersebut kemudiannya membuat laporan polis. Bersama dengan kanak-kanak itu terdapat sekeping nota yang ditinggalkan oleh ibunya yang memberitahu bahawa anaknya itu berpenyakit menyebabkan dia dan suaminya tidak dapat menjaga anak mereka.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke pusat kebajikan kanak-kanak dan pemeriksaan doktor mendapati dia sebenarnya tidak menghidap sebarang penyakit.

Selepas beberapa hari, bapa kanak-kanak berkenaan tampil ke pusat kebajikan berkenaan untuk mendapatkan anaknya. Dia mendakwa hanya mengetahui mengenai kejadian itu melalui media massa.


Kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada ibu bapanya namun polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori