Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Filem ‘Rise: Ini Kalilah’...

GEORGE TOWN - Filem "Rise: Ini Kalilah" yang bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilhan...

PATI Jadi Pemborong Haram...

KENINGAU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melakukan siasatan terperinci berhubung...

Bawah Kerajaan PH, Banyak...

SECARA tiba-tiba, bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), amalan agama umat Islam di Malaysia...

Jemaah Haji Perlu Beri...

KUALA LUMPUR - Jemaah haji perlu memberi maklumat yang betul semasa pemeriksaan kesihatan...

TMJ Mahu Berehat Seketika Daripada Bola Sepak Jika…

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui bahawa dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.

Baginda yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, di sini pada Ahad berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor percaya bahawa JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.

“Saya tidak menafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.

“Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan,” titah baginda yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang memang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.

TMJ Mahu Berehat Seketika Daripada Bola Sepak Jika...

Mengenai isu lain pula, Tunku Ismail berkata, JDT bakal kehilangan penajaan kewangan antara RM35 juta hingga RM40 juta pada tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan ketara di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Titah baginda lagi, kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan yang membolehkan mereka membeli ramai pemain hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain sedia ada untuk memastikan sumber kewangannya tidak terjejas.

Tunku Ismail merujuk kepada rekod kehadiran terburuk dalam perlawanan terbaharu JDT menentang pasukan PDRM pada 16 Ogos lalu yang menyaksikan hanya 8,000 penonton hadir berbanding kapasiti maksimum stadium berkenaan iaitu 30,000 orang.

“Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek. Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu,” katanya. – Bernama/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori