Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hubungan Pasang Surut, Apa...

Nampaknya, ketidak sefahaman yang tercetus antara negara kita dan jiran seberang, Indonesia masih...

1MDB: Jakel Dibayar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah...

Hanya Lakon Drama, Eyka...

DI bulan mulia ini, pastinya semua umat Islam akan berebut-rebut melakukan amal ibadat...

Elaun ADUN Johor Naik...

KESEMUA 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor menikmati kenaikan elaun sebanyak RM4,000...

TMJ Maklum Berkongsi Pandangan Dengan PM

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan pertemuan baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah bagi membincangan tentang isu-isu negara.

Titah baginda, dalam pertemuan tersebut, baginda menyuarakan kebimbangannya mengenai keadaan politik negara ini dengan Najib selain turut berbincang mengenai negeri Johor.

“Saya ingin tahu apakah dasar dan prinsip kerajaan. Saya juga bersuara berkenaan memberi peluang kepada generasi muda yang berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini.

“Ini antara isu-isu yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri selain daripada isu-isu semasa lain. Datuk Seri Najib turut berkongsi pandangan dan pendapat beliau kepada saya,” titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Justeru, Tunku Ismail melahirkan rasa hairan mengapa ramai pihak sangat berminat untuk mengetahui apa yang katakan dalam pertemuan itu sedangkan ramai lagi kerabat diraja lain pernah bertemu Perdana Menteri.


Titah baginda lagi, baginda lebih suka berterus terang dan bersuara menjelaskan kebimbangannya dan membincangkan bagaimana ia harus dikendalikan dan juga berkongsi pandangan terhadapnya.

“Saya akan terus bersuara serta memberi pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ini demi kepentingan rakyat. Selain itu, perbualan peribadi antara Datuk Seri Najib dan saya adalah antara saya dan beliau. Bukan urusan orang lain,” titah Tunku Ismail. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori