*Penulis ialah Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Media Strategik (MINSTRA), sebuah badan pemikir bebas sosio mediapolitik.
DITANYAÂ beberapa orang perwakilan Umno Bahagian Jerantut berhubung ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyentuh soal perpaduan pejal, perpaduan cair – rata-rata perwakilan Umno Bahagian Jerantut menyuarakan pandangan perlu ada jalinan perpaduan yang utuh dan padu untuk memastikan Rumah Umno itu terus kukuh.
Ada juga perwakilan menyifatkan perpaduan pejal menunjukkan kesepakatan ahli dan apa perlu adanya kecairan yang memperlihatkan kelemahan kepimpinan.
Seorang perwakilan Pergerakan Wanita juga tertarik dengan amanat Ahmad Zahid yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Umno, berpandangan analogi pemimpin besar parti itu perlu diambil perhatian serius menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Tanpa perpaduan yang kuat dengan ciri-ciri seperti ketaatan, kebersamaan dan kesepakatan, mana mungkin Umno boleh berdiri seperti sekarang ini.
Dari segi semantik bahasa, perkataan ‘perpaduan’ ini asalnya dari perkataan ‘padu’ iaitu ‘mampat’, ‘pejal’ dan ‘padat’.
Maka perkataan perpaduan membawa maksud ‘penggabungan’.
Selain itu, secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, yang berlangsung pada Februari 1992 dulu.
Jadi daripada pengabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air.
Seperti kata Ahmad Zahid di Jerantut, setiap anggota UMNO diingatkan menjaga atau mengekalkan perpaduan yang pejal selain berpegang kepada konsep taat setia kepada ketua bagi memastikan parti dapat memenangi pilihan raya umum akan datang.
Ramai yang memberi reaksi positif dalam dewan itu sebagai tanda bersetuju apabila Ahmad Zahid mahu anggota UMNO harus belajar daripada sejarah bahawa sebuah negara, kerajaan atau organisasi yang kuat boleh runtuh jika perpaduan yang diamalkan adalah perpaduan ‘cair’.
“Kalau kita sebut perpaduan pejal, dalam politik hanya ada dua prinsip. Pertama ketaatan kepada ketua dan kedua jangan lupa kepada prinsip nombor satu,†kata Ahmad Zahid secara berseloroh dan disambut tepukan dan sorakan gemuruh para perwakilan.
“Apa maknanya?†ringkas Naib Presiden Umno.
Penulis pun tertanya-tanya juga ingin tahu lebih lanjut.
Rupa-rupanya Ahmad Zahid mahu apabila kita berketuakan seseorang, bila perintah datang kita kena ikut dan akur.
“Ketua kita adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak). Bila beliau ada masalah atau ancaman daripada luar, kita jangan biar presiden kita keseorangan.
“Sama juga kepada Ketua Umno Bahagian, pasukan di bawahnya seperti Timbalan Ketua, Naib, ketua-ketua sayap perlulah bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada ketua anda semua, barulah nampak hasil perpaduan pejal itu,†katanya.
Ahmad Zahid memberi pandangan ikhlas itu ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris di samping mengingatkan bahawa perpaduan pejal itu juga perlu dipertahankan dari peringkat pimpinan bahagian dengan ketua bahagian perlu sentiasa menjaga ukhwah terhadap golongan akar umbi.
Penulis juga tertarik apabila Ahmad Zahid secara terang-terangan melontarkan pandangan tersiratnya apabila mengatakan ada bahagian UMNO yang perpaduannya cantik daripada ketua, timbalan, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puterinya. Tetapi ada yang ketuanya ada masalah dengan timbalannya.
Soalnya sekarang biarlah semua ahli bekerjasama dalam parti termasuk parti komponan Barisan Nasional (BN) kerana sudah tiba masanya parti MCA atau GERAKAN dan sebagainya menjelaskan kepada pengundi Cina agar memberi undi kepada calon Umno untuk kemenangan dalam PRU Ke-14.
Ini kerana calon MCA atau Gerakan yang diletakkan di kawasan undi yang majoriti orang Melayu, parti Umno telah menjelaskan bahawa calon MCA atau Gerakan itu adalah sebahagian BN yang boleh menerajui kerajaan.
Jadi ada benarnya Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kemenangan parti pada pilihan raya juga akan memanfaatkan parti komponen dalam BN kerana UMNO mengamalkan dasar perkongsian kuasa yang cukup baik dan harmoni dengan bangsa lain.
Oleh: Ahmad Fauzi Mustafa di Jerantut