Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cederakan Pemandu Bas: Pesara...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara kerajaan yang...

Polis Dihukum Tekan Tubi...

PALEMBANG — Demam cincin batu akik yang melanda Indonesia tidak sahaja melibatkan golongan remaja,...

Tiga Beranak Maut Selepas...

MELAKA – Nahas maut membabitkan tiga beranak di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan...

3 Sekeluarga Didakwa Dagang...

KUALA LUMPUR - Tiga sekeluarga warganegara Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, di...

Tun Dr. Mahahir Masih Dirawat Di IJN

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke IJN sejak semalam kerana jangkitan di dada.

Dr. Mahathir kini diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari sehingga keadaan kesihatannya pulih seperti biasa, kata jurucakap IJN kepada Bernama.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan semalam, Dr. Mahathir, 91, ditempatkan di wad biasa dan lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga sahaja berdasarkan nasihat pasukan perubatan.

Pada 1989, beliau mengalami masalah jantung dan pernah melalui pembedahan pintasan koronari di IJN pada tahun tersebut.


Beliau menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007.

Pada 2013, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan jangkitan di dada. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori