Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

7 Termasuk Wanita Ditahan...

PETALING JAYA : Polis menahan tujuh individu termasuk wanita bagi membantu siasatan penemuan...

Pelakon Lucah Dedahkan Bercerai...

BEKAS pelakon lucah Thailand, Kesarin Chaichalermpol atau dikenali sebagai Nong Natt sebelum ini...

Malaysia Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada...

Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga asing didalangi warga...

Tun M Cuti Di Langkawi, Demo #Tangkap MO1 Lesu

DATARAN Merdeka sepatutnya menjadi lokasi utama perhimpunan haram #Tangkap MO1, namun disebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad membatalkan kehadiran beliau ke lokasi tersebut maka perarakan ke situ dibatalkan.

Ini antara kejutan terbaharu siri perhimpunan haram antikerajaan dan memetik status menerusi laman sosial Facebook, Kelab Che Det, musuh ketat kepada bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu sebenarnya kini sedang berada di Pulau Langkawi, Kedah.

Status posting tersebut dikemas kini pentadbir akaun tersebut beberapa jam yang lalu dan beliau dilaporkan bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh, Terengganu sebelum bertolak ke pulau legenda Mahsuri itu pada pagi Sabtu.

Jika dinilai berdasarkan kepada status itu, nyata sekali apa yang dilaporkan oleh portal propembangkang terkenal MalaysiaKini, jelas satu pembohongan paling ketara dan hanya helah untuk menarik lebih ramai peserta hadir menyertai demonstrasi haram tersebut.

Menariknya, jika benar Mahathir kini berada santai di Langkawi, nyata sekali bahawa beliau awal-awal lagi sudah melarikan diri. Mungkin kerana beliau mendapati, perhimpunan seumpama itu bakal menemui kegagalan berikutan sambutan yang cukup mengecewakan.

Tun M Cuti Di Langkawi, Demo #Tangkap MO1 Lesu

Ini bukan isu baharu kerana Mahathir pernah ‘melarikan diri’ daripada keadaan tidak menyebelahi beliau. Peristiwa Memali pada 1985 misalnya membuktikan beliau tidak akan membiarkan namanya terkait dengan mana-mana operasi yang memburukkan imejnya.


Ketika insiden tersebut, beliau konon berada di China dan membiarkan timbalannya ketika itu, Tun Musa Hitam mengendalikan operasi Memali berkenaan. Namun, hakikatnya Mahathir berada di Kuala Lumpur seperti didedahkan ramai pihak termasuk Musa sendiri.

Kini, peserta #tangkap MO1 sekali lagi ditipu oleh khabar angin yang mengatakan Mahathir akan hadir. Walhal, beliau berada di Langkawi dan hanya mengikuti perkembangan demonstrasi tanpa permit itu dari jarak jauh menerusi laporan pegawai-pegawainya sahaja.

Jurucakap himpunan haram itu, Anis Syafiqah Md. Yusof mendakwa perhimpunan haram tersebut akan dibantu kawal selia oleh jentera daripada sayap sosialis pemuda DAP dan PAN, sekali gus membongkar bahawa dua parti pembangkang berkenaan sebagai penganjurnya.

Nampaknya semua huru hara ini didalangi pembangkang. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka. Dengan ini rakyat dapat melihat wajah sebenar DAP dan PAN yang berada di belakang demo haram tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori