SUPERMODEL Tyra Banks dilapor bakal memberi syarahan di salah sebuah universiti terkemuka Amerika Syarikat, Kolej Standord, California dalam masa terdekat ini.
Tyra dipelawa menjadi pensyarah jemputan dan akan mengajar 25 pelajar jurusan Sarjana Perniagaan atau MBA.
Pengasas program America’s Next Top Model itu akan mengajar subjek Penjenamaan Diri atau Personal Branding buat anak didiknya.
Antara fokus kelas tersebut adalah penggunaan media sebagai medium mempromosi jenama, pembinaan komunikasi berkesan dan bagaimana cara berhadapan dengan liku-liku dunia perniagaan. – MYNEWSHUB.CC