SELALUNYA kita melihat ular membuat pertunjukan bersama tuannya, tetapi kali ini penduduk di pangsapuri Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dapat tengok sendiri reptilia itu menjalar di dinding rumah tanpa pengawasan.
Menyedari ular tedung itu sudah mula menjalar dari tingkat tiga ke tingkat dua, penduduk mula berkumpul di luar blok flat tersebut bagi tujuan keselamatan.
Penduduk yang bimbang dengan keadaan itu menghubungi penjinak ular untuk menangkap reptilia yang dipercayai sering digunakan dalam pertunjukan.
Difahamkan, ular tersebut disimpan di tingkat tiga pangsapuri itu telah terlepas dari sangkar Isnin lalu dan pemilik ular berkenaan gagal dihubungi manakala rumahnya pula berkunci.
Gambar ular tedung yang mula keluar dari tingkap dan menjalar di dinding pangsapuri itu menjadi viral selepas dikongsi menerusi media sosial. – MYNEWSHUB.CC