SEORANG pelukis dari Toronto, Kanada, Alexis Fraser ada cara tersendiri untuk menjadikannya seorang pelukis yang lebih menyerlah daripada rakan-rakannya yang lain.
Alexis atau lebih dikenali sebagai Lipstick Lex merupakan seorang pelukis yang dikenali menerusi hasil seni yang dihasilkan hanya dengan menggunakan kaedah ciuman.
Dan hasilnya memang sangat mengagumkan!
Lex hanya mengambil masa lebih kurang beberapa jam sebelum menyiapkan potret selebriti berskala kecil seperti Frank Sinatra dan Sophia Loren.
Dengan meletakkan kanvasnya di dinding, Lex kemudian melakar terlebih dahulu potret individu yang ingin dihasilkannya dan barulah dia mencalit gincu di bibir, mencium di kanvas sehingga ‘masterpiece’nya itu berjaya disiapkan.
Bagi potret berskala besar, seperti contoh potret artis lagenda Marilyn Monroe, Lex mengambil masa selama empat hari serta menggunakan dua biji gincu secara keseluruhan bagi menghasilkan karya seni unik itu. – MYNEWSHUB.CC