ATLIT gimnas lelaki pasukan Perancis, Samir Ait Said melalui pengalaman menyedihkan pada hari pertama pembukaan Sukan Olimpik Rio apabila kaki kirinya patah ketika menyertai peringkat saringan yang dilakukan semalam.
Gimnas berusia 26 tahun itu patah kaki selepas tersasar dari landasan mendaratnya.
Samir yang merupakan pemegang pingat emas Kejohanan Gimnastik Eropah pada 2013, kemudiannya melambaikan tangan kepada penonton sebaik dirinya dibawa keluar mengunakan pengusung oleh petugas paramedik.
Akibat kecederaan yang dialaminya, kemungkinan besar Samir akan direhatkan daripada pasukan. – MYNEWSHUB.CC