BAGAIMANAKAH tindak balas anda jika melihat kanak-kanak menari sambil mengikut rentak lagu rancak? Comel dan menghiburkan?
Sebuah video berdurasi tiga minit 25 saat menjadi sensasi apabila menunjukkan aksi menari ‘maut’ oleh si cilik berasal dari Filipina yang heboh di dunia maya.
Kanak-kanak berusia 7 tahun itu kelihatan comel apabila menari dengan mengikut rentak lagu ‘Sorry’ yang dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.
John Phillip Bughaw, yang akrab dipanggil Balang memang lucu. Aksinya yang mengikut rentak lagu ‘Sorry’ ternyata sensasi setelah dimuat naik menerusi YouTube.
Sebelum ini, dia juga pernah bikin ‘heboh’ di dunia maya melalui video menari yang mengikut rentak lagu Jessie J feat Ariana Grande dan Nicki Minaj berjudul ‘Bang Bang’.
Aksinya itu membuatkan ramai netizen kagum malah Balang pernah dijemput ke sebuah program bual bicara The Ellen DeGeneres Show di Amerika Syarikat
Selepas itu, dia tidak malu untuk menunjukkan aksi lincah menarinya di hadapan ramai penonton. – MYNEWSHUB.CC