KUMPULAN KRU yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry baharu sahaja selesai mengadakan konsert pertama mereka bagi meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan itu di Esplanade, Singapura, malam Sabtu lalu.
Konsert yang berlangsung selama satu setengah jam itu memperlihatkan trio KRU mendendangkan lagu-lagu hits mereka seperti Oh La La, Awas dan Jangan Lafazkan.
Apa yang lebih menarik, konsert mereka kali ini dimeriahkan dengan kemunculan istimewa isteri Yusry iaitu pelakon popular Lisa Surihani yang muncul sebagai penari latar untuk lagu Oh La La.
Kemunculan Lisa pada mulanya tidak diketahui penonton kerana dia menutup separuh muka dengan bandana sebelum wajahnya didedahkan kepada semua hadirin.
Gimik itu ternyata berjaya meninggalkan momen-momen indah buat peminat KRU yang cukup terhibur dengan aksi spontan Lisa itu. – MYNEWSHUB.CC