BUKAN sahaja kehebatannya menumbangkan jaguh badminton dunia buat Lin Dan jadi perhatian, malah kemahiran menguasai bahasa yang cukup asing dengan asal-usulnya, menjadikan Axelsen seorang yang cukup unik di mata penduduk negaranya.
Menerusi video temubual dengan media dari China, Viktor Axelsen; 22, kelihatan fasih dan bersahaja berbicara dalam bahasa Mandarin.
Meluncur laju bak air, kalau tak tengok video, cuma dengar suara je, pasti tak sangka yang berkata-kata itu merupakan seorang mat saleh.
Dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Axelsen berjaya menundukkan Lin Dan 21-15, 21-10 dan 21-17 sekaligus meraih pingat gangsa. – MYNEWSHUB.CC