DATUK Lee Chong Wei yang membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio bukan sahaja dikenali sebagai jaguh badminton handalan dunia, malah beliau sebenarnya terkenal dengan sifat gemar berjenaka.
Menerusi sebuah klip video rakaman ucapan Tahun Baru Cina yang dipercayai dirakam pada 2013, Chong Wei dilihat melatah beberapa kali dan ikon badminton negara itu turut ‘membahan’ salah seorang daripada krew produksi di studio.
“Gong Xi Fa Chai… Ape ni jerit ni… Eh diam sikit,” katanya dengan memberi senyuman.
“Oh tengok kamera, okay salah, saya tengok you, you ni hensem sangat berdiri sana,” jenakanya kepada salah seorang jurukamera membuatkan seluruh krew produksi ketawa besar.
Malah dalam babak terakhir video, kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit yang seakan-akan mengganggu seketika proses rakaman di set.
Pada mulanya Chong Wei seperti tidak menyedari bunyi nada dering itu adalah daripadanya, tidak beberapa lama kemudian, barulah dia perasaan bunyi tersebut adalah benar-benar daripada telefonnya sendiri, membuatkan beliau tersimpul malu seketika.
“Oh saya punya phone la (ketawa), sorry lah bang,” katanya.
Tidak dinafikan, ramai kenalan atlet juga mengatakan Chong Wei sememangnya merupakan seorang gemar berjenaka dan tidak pernah jemu menceriakan ramai orang yang pernah mengenalinya. – MYNEWSHUB.C