Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Di Bukit...

SEREMBAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Bukit Galah, berdekatan Kampung Orang Asli Tekir, Batu...

4.5 Juta Hilang Kerja...

BEIJING - Apabila jurukamera Mark Xia kembali bekerja selepas bercuti, syarikat penerbitan video...

Angka Maut 7, Warga...

SEORANG warga negara Belanda yang bekerja di bangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) di...

Sharnaaz Belum Sedia Ulas...

PETALING JAYA - Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan...

Ucapan ‘Dendam Kesumat’ Mahathir Terhadap PM

NAMPAKNYA, agenda bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah semakin terdesak berdasarkan kepada ucapan beliau, baru-baru ini.

Menerusi kata-katanya itu jelas terbukti Mahathirlah satu-satunya perdana menteri yang gemar mencari gaduh dan masalah dengan orang lain.

Dalam rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, Mahathir mengutuk pemimpin UMNO serta kepimpinan Najib dengan mengatakan mereka memakan dedak dan kesemuanya akan ke neraka bersama Najib.

“Pemimpin-pemimpin UMNO yang makan dedak ni, dok kulum mulut, dok kulum dedak (tutup mulut sebab makan dedak). Oh… Najib, pimpinlah kami semua ke neraka,” katanya.

Najib sebelum ini menyifatkan bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun itu sebagai seorang kaki gaduh.


Ini kerana Mahathir dilihat sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak-tanduk mereka.

Mengikut rekod, Mahathir sebelum ini pernah bergaduh mengenai isu perlembagaan pada 1990, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, bergaduh dengan hakim dan juga bergaduh dengan perdana menteri terdahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Najib sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori