Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berdepan Scotland Di Suku...

GOLD COAST - Skuad badminton negara dijadual bertemu naib juara Kumpulan A, Scotland...

Kamera Tersembunyi Di Tandas...

Antara perkara paling kecoh diperkatakan penuntut UIA bulan ini mungkin isu penemuan kamera...

Imbuhan Menarik Untuk Doktor...

SRI AMAN - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi...

Pasukan Pembelaan Najib Gagal...

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Video: Wanita Mudah Lahir Anak Tak Sampai Seminit

LONDON – Apabila anda fikir melahirkan anak amat susah cuba bayangkan, hal ini mungkin tidak dialami Jessica Stubbins. Wanita British ini terkejut kerana melahirkan anak tidak sampai seminit dan tanpa bantuan perubatan.

Media tempatan melaporkan, Jessica sebenarnya hendak dibawa ke hospital. Namun ketika keluar dari kereta, suaminya sedang meletak keretanya, dan bayinya tiba-tiba keluar dari rahimnya. Malah dia buntu dan tidak tahu hendak buat apa.

Seorang profesor klinikal persatuan kebidanan dan ginekologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine, Dr. Lauren Streicher, berkata, situasi ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana dalam beberapa kes sama pernah berlaku.

“Ini bukan sesuatu yang mengejutkan untuk doktor bidan. Walaupun bukan biasa, ada ibu melahirkan tanpa merasa kesakitan. Kadang-kadang serviks akan terbuka dan tiba-tiba anda merasakan tekanan yang luar biasa ini, dan kemudian bayi keluar,” katanya.

Menurut Streicher, kebanyakan kes berlaku pada anak kedua atau wanita yang berpengalaman pernah melahirkan ramai bayi sebelumnya.


Mujurlah, selepas kejutan kelahirannya ini, jururawat bergegas ke lokasi Jessica. Kini ibu dan bayi tersebut sihat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori