TIADA apa yang lebih menggembirakan pendakwah Indonesia, Ustaz Arifin Ilham melainkan berita anak lelaki sulungnya Muhammad Alvin Faiz telah ditemukan jodoh dengan seorang perempuan cantik berketurunan Tinghoa yang memilih untuk menjadi saudara baru Islam.
Perkahwinan puteranya dengan Larissa Chou pada Sabtu lalu, turut mendapat perhatian luar biasa masyarakat kerana Alvin baharu sahaja berumur 17 tahun manakala Larissa, 20.
Perkahwinan Alvin dan Larissa sekaligus dianggap bertentangan undang-undang Indonesia yang menetapkan umur minimum lelaki yang mahu berkahwin ialah 25 tahun dan 21 tahun bagi wanita.
Walaubagaimanapun Alvin dan Larissa telah menyelesaikan segala masalah prosedur sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.
Larissa yang sebelum ini merupakan penganut Kristian dengan nama Chou Lingling, pada mulanya berdebat dengan Alvin di media sosial berkaitan agama sebelum hatinya terbuka menerima keindahan Islam selepas mendapat penerangan Alvin.
Apa yang membanggakan bapa Alvin yang juga ulama tersohor tanah seberang, pada usia masih muda anaknya itu tidak hanya memikat bakal isteri apabila berbicara tentang Islam malah bapa dan nenek Larissa kemudiannya turut memeluk agama syumul ini.
Berikut, ucapan Ustaz Arifin Ilham khas buat Alvin sempena pernikahan putera sulungnya itu:
Engkau anak abi pertama
Di usiamu 17 tahun
Engkau lewati sidang di Pengadilan Agama Bogor untuk izin nikah karena usiamu belum 19 tahun
Nikah segera pilihanmu adalah takdirNya terindah
Nikah itu ridho Allah
Nikah itu sunnah utama Rasulullah
Pintu KESELAMATAN
Pembuka rizki
Jalan bertabur keberkahan
Kerana engkau takut berzina, dan memilih jalan Allah, engkau akan melihat keagungan dan pertolongon Allah itu luar biasa
Doa para ulama, guru, para sahabat, para santri dan jamaah zikir
Engkau generasi zikir
Engkau penerus Rasulullah
Perjuangan tidak sepanjang umur abi
Nikah subuh penuh rahmat dan berkah Allah
Engkau nikahi seorang putri muallafah
Engkau bimbing papa dan omanya pun masuk Islam
Tiga generasi sekaligus bersyahadat
Abi bangga saat membuka kamarmu di tengah malam sedang engkau dalam sujud
Alhamdulillah syukur tangis abi saat wisuda Alvin bersama adikmu Amer saat wisuda haafidz Alqur’an di Masjid At Taqwa Cirebon
Engkau mabit di masjid
Abi senang cium Alvin setiap kali bertemu
Anakku, insyaAllah engkau generasi Robbani untuk agama mulia ini, umat Rasulullah, negerimu dan keluargamu
“Abi tidak rela api sekecil korek api sekalipun menyentuh tubuhmu nak, apalagi api neraka jahanam, inilah yang membuat abi buka jalan pernikahanmu, kerana ingin Alvin, abi dan kita semua selamat, abi tidak ingin hati, pikiran, mata, telinga Alvin berbuat maksiat!â€
“Ingat anakku sayang, kalau kita full heart taat kepada Allah, belum di akhirat di dunia sebentar inipun Allah bahagiakan kita dulu, Allah gembirakan di dunia dan apalagi di akhirat†(QS Yunus 61-63)
“Selamat hidup baru anakku sayang, jadilah imam teladan dalam ketaqwaan, dan semoga isterimu menjadi bidadari solehah dan anak cucu keturunan Alvin membahagiakan dunia akhirat, amin.â€Â – MYNEWSHUB.CC