BEIJING – Memang hebat tenaga dua wanita China ini apabila bergaduh mulut tanpa henti selama lapan jam sebelum pengsan di tengah jalan di Angkang, Wilayah Shaanxi.
Pertengkaran ‘maraton’ mereka bermula kira-kira jam 2 petang hanya disebabkan isu hutang dan masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian namun tidak berjaya.
Pegawai polis yang kemudian tiba di tempat kejadian cuba meleraian pertengkaran tersebut dan menyelesaikan di mahkamah, namun ditolak kedua-dua wanita itu.
Dilaporkan, dua wanita itu menjerit antara satu sama lain sebelum terbaring dan pengsan berdekatan akibat kepenatan serta keadaan cuaca panas terik selepas bergaduh tanpa henti.
Seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan mulut berbuih dan keletihan sebelum dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan.
Kejadian yang berlaku Isnin lalu ini dikongsi dalam media sosial yang rata-ratanya kagum dengan keupayaan dua wanita itu yang mahu menyelesaikan masalah mereka di jalanan. – MYNEWSHUB.CC