Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banduan Akhir Hukuman Mati...

TENNESSEE - Seorang banduan berusia 63 tahun yang disabitkan bersalah melakukan dua pembunuhan...

Tukang Cuci, Rakan Lelakinya...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dan rakan lelakinya disyaki mati dibunuh di kediaman...

Sultan Muhammad V Solat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat...

Najib Tiba Di Da...

DA NANG (Vietnam) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Wanita Cemas Hampir Maut, BMW Rempuh Tiang Lampu

IBARAT pantang maut sebelum ajal… Seorang wanita di Rusia mengalami detik cemas dan mendebarkan apabila sebuah kereta tiba-tiba meluru ke arahnya dari sebatang jalan raya.

Difahamkan kejadian itu berlaku di barat daya Vladivkavkaz sebuah bandar dalam Republik Ossetia Alania.

Menurut sebuah laman antarabangsa, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta jenis BMW 525 berwarna hitam terbabas dari sebatang jalan.

Wanita Cemas Hampir Maut, BMW Rempuh Tiang Lampu

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, seorang wanita yang sedang berjalan menghentikan langkahnya seketika apabila mendapati sebuah BMW tiba-tiba meluru ke arahnya lalu merempuh tiang lampu.

Bagaimanapun, dalam kejadian yang penuh dramatik itu, wanita berkenaan terselamat daripada maut yang hampir meragutnya setelah kereta BMW itu terhenti akibat dihalang oleh tiang lampu berkenaan.


Akibat rempuhan yang kuat, kereta BMW berkenaan mengalami kerosakan yang teruk dan kelihatan serpihan-serpihan berterbangan ke arah wanita itu.

Manakala mangsa nahas iaitu pemandu kereta BMW yang tidak didedahkan identitinya itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Video berkenaan  menjadi viral setelah dimuat naik oleh netizen tempatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori