Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Umum Dana RM2...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan...

KL2017: Misi Emas Chinlone...

KUALA LUMPUR - Kemampuan skuad chinlone meraih emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur...

Rouhani Pertahan Perjanjian Nuklear...

NEW YORK - Presiden Iran, Hassan Rouhani, semalam, yang mempertahankan perjanjian nuklear di...

Kerajaan Myanmar Siasat Kes...

RAKHINE - Pihak berkuasa Myanmar telah membuka kertas siasatan terhadap insiden membabitkan anggota...

Wanita Culik Bayi Dipenjara 10 Tahun

SEORANG wanita yang telah menculik seorang bayi ketika dia berusia tiga hari, dan membesarkannya sebagai anak sendiri selama 18 tahun telah dipenjarakan 10 tahun dalam kes yang menjadi tumpuan di Afrika Selatan sejak hampir dua dekad lalu.

Hakim mengibaratkan wanita itu, yang tidak didedahkan namanya sebagai mengkhianati dan menipu anak yang diculiknya itu.

“Awak mempunyai peluang untuk mengembalikan anak berkenaan. Setiap tahun ibu bapanya meraikan hari jadinya dan kehilangannya juga diketahui ramai.

“Jadi tidak ada alasan awak tidak mengetahui bahawa dia adalah anak mereka sebaliknya memutuskan untuk memeliharanya,’’ kata hakim ketika menjatuhkan hukuman ke atas wanita berkenaan.

Remaja perempuan itu diberi nama sebagai Zephany sewaktu dilahirkan dan merupakan anak kepada pasangan Morne serta Celeste.

Wanita Culik Bayi Dipenjara 10 Tahun

Dia diculik ketika berada dalam dakapan ibunya yang sedang nyenyak tidur di sebuah hospital pada April 1997, pada usia hanya tiga hari.

Kes berkenaan digelar sebagai Madeleine McCann Afrika Selatan, iaitu kes sama yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Britain, Madeleine McCann yang hilang dari sebuah pusat peranginan di Portugal pada Mei 2007.

Penculikan itu terbongkar pada tahun lepas, apabila seorang lagi anak perempuan pasangan Morne serta Celeste iaitu Cassidy, 13, telah bercerita kepada ibu bapanya mengenai seorang rakan barunya yang lebih tua daripadanya dan dia merasakan seperti ada ikatan antara mereka berdua.


Ibu bapanya percaya bahawa anak mereka yang hilang itu telah ditemui dan DNA dijalankan oleh polis bagi membuktikan bahawa dua remaja itu adalah adik beradik.

Zephany juga hanya tinggal tidak jauh dari rumah ibu bapa kandungnya.

Dalam pada itu, Zephany ketika memberikan keterangan secara tertutup di mahkamah dilaporkan memberikan sokongan kepada ibu angkatnya itu dan masih rapat dengannya.

Remaja itu yang sedang mengandung juga enggan mempunyai hubungan dengan ibu kandungnya dan tetap menganggap penculiknya sebagai ibunya.

Ia mengakibatkan Morne merasakan anak perempuannya itu diculik sekali lagi selepas enggan menerima dia dan isterinya sebagai ibu bapa kandung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori