INIÂ namanya gila. Selepas melanggar seorang pejalan kaki dengan keretanya, seorang wanita bukannya membantu sebaliknya menari-nari di sekeliling mayat mangsa langgar tersebut.
Kejadian ini berlaku di Jining, China, mengakibatkan orang ramai yang melihat kelibat pelik itu hanya mampu memerhati dari jauh kerana takut.
Wanita `gila’ itu bagaimanapun telah ditangkap dan kes berkenaan kini dalam siasatan polis.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 10 Ogos lalu apabila wanita terbabit telah merempuh seorang pejalan kaki hinggakan dia melayang ke udara sebelum jatuh di bahagian bonet kereta wanita itu.
Dia kemudiannya terus memandu keretanya sejauh 600 kaki sebelum bertembung dengan kenderaan lain menyebabkan mayat yang berada di atas bonet kenderaannya itu, terjatuh di tengah jalan.
Menyeramkan apabila wanita itu turun dari keretanya sambil menari-nari di sekeling mayat tersebut dan bercakap-cakap sendirian. – MYNEWSHUB.CC