Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Trump Bersama Wanita Dakwa...

NEW YORK - Menjelang debat presiden Amerika Syarikat, calon Republikan, Donald Trump muncul...

Wanita Lemas Di Kolam...

KEPALA BATAS – Seorang wanita meninggal dunia dipercayai lemas dalam kejadian di kolam...

Farmasi Didenda Pamer Poster...

KOTA BHARU - Sebuah farmasi di sini telah dikenakan saman oleh pegawai penguatkuasa...

20 Saksi Dipanggil Beri...

Kuantan - Sekurang-kurangnya 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam kes ketua ajaran...

Wanita Maut Dilanggar Lari Lepas Main Pokemon Go

SEORANG remaja wanita maut dilanggar lari sebaik sahaja selesai bermain permainan popular, Pokemon Go ketika bersama rakannya di Melbourne, Australia, kelmarin.

Tanami Nayler, 22, diseret sejauh 70 meter ketika sedang melintas di laluan pejalan kaki dan pemandu kereta yang melanggarnya didakwa memandu selaju 100 kilometer sejam.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa dan rakannya dilaporkan baru sahaja selesai memburu karakter Pokemon dan mahu membeli makanan di kedai berhampiran.

Menurut laporan Dailymail, mangsa tidak memegang telefon bimbit apabila dilanggar oleh kereta jenis Toyota Corolla yang dipercayai dicuri.

Pencuri kereta itu, Nicholas Michael Davison yang kemudian melanggar lampu merah sebelum melanggar pokok dan tiang.

Wanita Maut Dilanggar Lari Lepas Main Pokemon Go

Rakan Nayler yang tidak mahu dikenali, tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Pemandu terbabit yang berasal dari New Zealand kemudiannya ditahan dan didakwa memandu secara berbahaya, mencuri, langgar lampu merah dan langgar lari.

Pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes itu, Inspektor Stuart McGregor menyifatkan tragedi tersebut sebagai menyedihkan kerana mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

“Mangsa berjalan di laluan yang betul tetapi maut gara-gara sikap orang lain. Suspek berdepan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dailymail

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori