Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ketua Penerangan UMNO Bahagian...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Ketua...

Lebih Bertenaga, Bijak Sejak...

LONDON - Jijik dan tidak masuk akal namun seorang pereka dalaman di Sheffield,...

Bos AirAsia Marah PSC...

CERITA ini mungkin tidak ramai tahu, namun realitinya sejak Mei 2014, AirAsia sudah...

Ketua Jabatan Perlu Teliti...

KOTA BHARU - Semua ketua jabatan Persekutuan di negeri-negeri diminta merujuk garis panduan...

Wanita Nekad Potong Tangan, Kaki Untuk Tuntut Insurans

SEORANG wanita di Vietnam sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dengan memotong tangan dan kakinya sendiri semata-mata untuk mendapatkan tuntutan insurans.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, mangsa, Ly Thi N berusia 30 tahun ditemui oleh seorang lelaki berdekatan dengan sebuah landasan kereta api di ibu negara Vietnam, Hanoi.

Tambah laman itu lagi, lelaki yang dikenali sebagai Doan Van D kemudian telah segera menghubungi ambulans selepas dia terjumpa mangsa secara kebetulan di landasan terbabit.

Wanita Nekad Potong Tangan, Kaki Untuk Tuntut Insurans

Walau bagaimanapun, anggota polis berasa sangsi dengan cerita yang diberitahu oleh Doan selepas melihat ke dalam maklumat peribadi Ly.

Manakala menurut laman The Thanhiennews, difahamkan Ly mempunyai masalah dalam perniagaan dan kekurangan wang sebelum ‘kejadian’ itu.

Ly akhirnya mengaku kepada anggota polis berkenaan bahawa dia telah mengupah Doan sebanyak 48,972,835 dong (RM8,855) untuk memotong tangan dan kakinya serta bersekongkol dalam penipuan itu.

Difahamkan, Ly sanggup berbuat demikian kerana beranggapan dia akan memperoleh 3,392,696,448 dong (kira-kira RM613,477) daripada insurans kesihatan dengan mendakwa dirinya telah dilanggar kereta api.

Wanita Nekad Potong Tangan, Kaki Untuk Tuntut Insurans
Landasan kereta api di Hanoi

Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh laman itu menunjukkan keadaan tangan Ly yang telah sembuh.


Kes penipuan itu telah menimbulkan perdebatan hangat menerusi media sosial tempatan negara itu.

Seorang pengguna Facebook bernama Ly Phan berkata, kes penipuan insurans seperti ini lazim berlaku di Vietnam.

“Hilang 50 juta, satu tangan, kaki dan sekarang terpaksa meringkuk dalam penjara. Langsung tidak mendatangkan faedah,” katanya.

Sementara itu ada segelintir pelayar laman sosial yang turut bersimpati kepada nasib suspek.

Thanh Phuong Quynh Le berkata: “Dia mungkin berdepan kebankrapan dan memerlukan wang dengan segera. Ia tidak mudah untuk menipu syarikat insurans.”

Manakala seorang lagi Hoa Nguyen berkata: “Terdesak sangatkan sehinggakan sanggup melakukan perkara seperti itu?” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori