Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3 Senator Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani antara tiga...

AirAsia Tawar Promosi Tiga...

KUALA LUMPUR - AirAsia kini menawarkan promosi sehingga tiga juta tempat duduk dalam...

Bot Nelayan Perlu Manfaatkan...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Malaysia berharap lebih ramai pengusaha vesel atau bot...

Video: Bateri iPhone Meletup...

JIKA anda pernah menonton filem koboi, pelakon biasanya dipaparkan gemar menggigit emas untuk...

Warga Emas 80 Tahun Punya Teman Rapat Seekor Ayam

RAMAI yang berpendapat anjing adalah teman terbaik manusia. Namun bagi seorang warga emas dari Zhenghou, China ini pula lain kisahnya kerana teman rapatnya ialah seekor ayam.

Menurut lelaki yang berusia 80 tahun ini kepada laman berita tempatan, dia menjumpai ayam tersebut sewaktu berjalan-jalan di sekitar kawasan tapak pembinaan terbengkalai.

Warga Emas 80 Tahun Punya Teman Rapat Seekor Ayam

Lelaki yang hampir mencapai usia seabad itu terkejut apabila mendapati seekor anak ayam datang kepadanya. Semenjak hari itu, mereka menjadi seumpama ‘teman rapat’.

Selain menjadi rakan akrab, ayam tersebut juga menjadi peneman tatkala dia keluar bersiar-siar malah membantu dirinya untuk menghalau gangguan nyamuk.

Warga Emas 80 Tahun Punya Teman Rapat Seekor Ayam


Menurut pakar zoologi, haiwan yang muda atau baharu lahir akan menganggap makhluk yang pertama dilihatnya sebagai ibu mereka atau disebut sebagai imprint.

Jadi tidak hairanlah sekiranya ayam berkenaan menganggapnya sebagai ‘kawan’ atau ibu mereka.

Namun tidak dapat dipastikan nasib ayam berkenaan pada masa akan datang. Mungkin ia akan menjadi santapan lelaki tua itu pula… – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori