DI Mesir, semua perkara mengenai bola sepak hanya diperbincangkan dalam kalangan lelaki. Bagaimanapun hal itu tidak berlaku kepada seorang wanita berhijab, Manar Sarhan.
Muslimah berusia 27 tahun itu sangat gemar dengan bola sepak sejak kecil lagi. Malah, dia sempat berfikir untuk menjadi pemain kerana impiannya memang mahu bermain bola.
Portal berita The National melaporkan: “Saya menjadi doktor gigi untuk kerjaya. Namun, semangat dan cinta saya tetap kepada bola sepak.”
Meskipun dikekang adat budaya, Sarhan tidak menyerah kalah untuk menyalurkan rasa cintanya kepada bola sepak. lantas memutuskan untuk menjadi seorang wartawan sukan sejak 2002.
Dia malah pernah menghasilkan berita untuk surat khabar tempatan terkenal Al-Masry dan Al-Youm.
Pada awal kariernya sebagai wartawan, Sarhan banyak mendapat kritikan daripada ahli keluarganya sendiri.
“Saya selalu dihina dan mereka yang menghina saya selalu mengatakan, ‘Gadis itu hanya berada di dapur’,” katanya.
Namun Sarhan tidak mempedulikan hal tersebut dan dia memilih untuk mempertingkatkan dirinya sebagai seorang wartawan.
Biasanya sebelum menulis berita, Sarhan perlu mengetahui lebih mendalam tentang sesebuah pasukan, jurulatih, hingga latar belakang pemain bola terlibat.
Kehebatannya dalam menganalisis menjadikan Sarhan seorang pengulas wanita terbaik di negaranya. Kini dia merupakan pengulas wanita menerusi stesen CBC TV.
“Saya memang seorang doktor gigi pada siang hari namun malam, saya seorang pengulas dan ia amat susah bagi seorang lelaki mahu pun wanita seperti saya,” katanya sambil ketawa. – MYNEWSHUB.CC