Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SPRM Harap Tiada Pihak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi...

Rejim Assad Tawan Semula...

DOUMA - Rejim Syria, semalam semakin hampir menawan keseluruhan kubu kuat pembangkang di...

Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju...

TINDAKAN pelakon jelita, Fathia yang memuat naik gambarnya mengenakan baju uniform Tentera Darat...

Lelaki Ditusuk Pencangkuk Daging...

Tauranga, New Zealand - Sebuah kilang pemprosesan daging, di sini semalam diarah membayar...

Wujudkan Kluster Khusus Mempromosi Kawasan P1M

ROMPIN – Pusat Internet 1Malaysia (P1M) disaran mewujudkan kluster khusus untuk mempromosikan kawasan itu di media sosial bagi membantu meningkatkan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kluster itu perlu mengenal pasti keunikan dan keistimewaan kawasan setempat bagi menarik perhatian pengguna internet seperti daerah Rompin yang terkenal dalam sektor pelancongan.

“Kluster ini boleh dibangunkan di semua 400 P1M di seluruh negara dan sudah pasti setiap satunya mempunyai produk khusus yang boleh diketengahkan bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka yang terlibat.

“Saya diberitahu di Rompin sudah ada tiga usahawan yang menggunakan internet untuk memasarkan produk iaitu bakeri, kraftangan dan kuih-muih tradisional,” katanya selepas merasmikan P1M Bukit Ibam di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin, Anggota Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin dan ADUN Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Jailani menambah kewujudan kluster itu juga selari dengan matlamat kewujudannya untuk menyediakan platform dalam talian bagi mempromosikan aplikasi dan perkhidmatan berasaskan e-Dagang.

Merujuk kepada daerah Rompin, Jailani berkata secara keseluruhannya terdapat 10 P1M dan sebuah lagi dalam proses pembinaan di Felda Keratong 6 yang dijangka siap pada hujung tahun ini.


“P1M Bukit Ibam juga adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan janji kerana perkara ini disentuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dahulu.

“Saya masih ingat semasa melawat perpustakaan desa di sebelah pusat ini… saya berjanji akan datang semula untuk merasmikan pusat ini apabila siap dan bersyukur dapat menunaikan janji itu,” katanya.

Mengulas mengenai kemudahan internet di Rompin, Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dan sedang menyiapkan 37 menara pemancar komunikasi termasuk 12 menara sekitar Bukit Ibam dan bandar Muadzam Shah.

Sementara itu, Wan Kadri berkata P1M Bukit Ibam mula beroperasi pada 23 Mei lalu dan memanfaatkan 3,000 penduduk kampung Bukit Ibam dan kampung sekitar termasuk masyarakat Orang Asli.

“Hampir setiap tahun P1M dikunjungi penduduk, terutamanya kanak-kanak sekolah kerana di sini terdapat sebuah sekolah menengah dan dua sekolah rendah serta tujuh kampung Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori