SELAIN Stacy, pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani juga dikhabarkan sedang hamil anak dua.
Berita gembira ini turut disahkan tuan empunya badan yang memaklumkan usia kandungannya kini mencecah lima bulan.
Menurut Yasmin, 37, dia dan suami sememangnya merancang untuk menimang cahaya mata kedua selepas anak sulung mereka, Noah Ismail Wong berusia tiga tahun.
“€œAlhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga.
“Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti wanita lain,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Yasmin mengakui, dia sengaja tidak menguar-uarkan berita itu sebelum ini kerana kandunganya masih dalam peringkat awal.
“Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya sedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama,” katanya.
Yasmin dijangka bersalin cahaya mata keduanya hujung tahun ini. – MYNEWSHUB.CC