Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kenderaan Buruk Terbiar...

GEORGE TOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil tindakan terhadap pemilik...

Polis Sabah Rakam Percakapan...

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah merakamkan percakapan sembilan suspek termasuk tiga wanita,...

1,000 Himpun Di Masjid...

KIRA-KIRA 1,000 orang berhimpun di Masjid Negara untuk membantah tindakan pihak yang menghina...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Sabak Bernam, Selangor akan mengalami gangguan bekalan...

Yayasan Peneraju Capai 25% Sasaran Majukan Bakat

PUTRAJAYA – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) mencapai 25 peratus daripada sasaran untuk membangunkan 40,000 bakat Bumiputera menjelang 2020 menerusi pengenalan 117 program dengan perbelanjaan RM206 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju berkata pencapaian tersebut menjadikan Yayasan Peneraju berjaya membangunkan 10,000 bakat Bumiputera yang menerima pembiayaan di bawah tiga program terasnya iaitu Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional sehingga Ogos 2016.

“Sudah ramai lepasan program Yayasan Peneraju kini berjaya mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan,” katanya ketika berucap pada majlis Perjalanan Merealisasi 40,000 Aspirasi selepas mempengerusikan mesyuarat Yayasan Peneraju di Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Perdana Menteri tertarik dengan kisah Mohd Zulfadly Abdul Razzaq, 26, dari Perak yang bekerja sebagai ‘welding technician’ dengan gaji sebanyak RM3,000 sebulan sebelum menyertai program Peneraju Skil pada 2014 dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menurutnya, selepas tamat latihan selama dua minggu, Zulfadly ditawarkan bekerja sebagai ‘Piping Field Engineer’ di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa dengan gaji purata RM17,000 sebulan.

Beliau berkata menjelang 2020, Yayasan Peneraju akan melatih 30,000 penerima faedah Program Peneraju Skil.

Setakat Jun 2016, di bawah Teras Peneraju Skil sebanyak 63 program telah dilaksanakan melibatkan 5,019 penerima faedah dan pelaburan berjumlah RM51.6 juta, katanya.


Perdana Menteri berkata Yayasan Peneraju memberi fokus melalui segmen-segmen pembiayaan akademik, skil dan profesional.

Program Peneraju Tunas adalah program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah yang berdepan cabaran mendapatkan pendidikan sekolah menengah tertiari yang berkualiti.

Program Peneraju Skil merupakan program pembangunan kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa sementara Program Peneraju Profesional adalah program pembangunan bagi pensijilan profesional dan program spesialis.

Najib berkata Yayasan Peneraju mengetengahkan usaha untuk mengarus perdanakan pembangunan dan peningkatan kemahiran bakat Bumiputera menerusi latihan teknikal dan vokasional yang mana 75 peratus fokus diberikan kepada program-program menjurus ke arah peningkatan kemahiran.

Jelas Perdana Menteri, Yayasan Peneraju kini berusaha untuk menarik minat lebih ramai rakan penaja dan rakan program untuk membantu menjayakan agenda nasional berkenaan dan sumbangan dana adalah sangat penting bagi memastikan kelangsungan program-progam Yayasan Peneraju. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori