Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Diperkosa Dan Dipaksa Jilat...

WANITA merupakan makhluk yang lemah dan disebabkan itulah golongan wanita sering diperlakukan seperti...

Saham Tengku Hazman Melonjak,...

KUALA TERENGGANU - Selepas membantu Terengganu FC II (TFC II) menjulang trofi sulung...

Jual Gelaran Doktor Kehormat...

Putrajaya : Bermodalkan serendah RM400, seseorang itu didakwa boleh mendapatkan anugerah atau gelaran...

Didenda RM2,000 Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Akibat membuat laporan polis palsu keretanya digunakan tanpa kebenaran, Mahkamah...

Yusof Haslam Antara Anggota ‘Pantau’ SPRM

PUTRAJAYA – Pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penerbit drama kepolisan Gerak Khas itu adalah antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), manakala tujuh anggota lagi dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO).

Pihak SPRM dalam satu kenyataan media di sini berkata, tempoh pelantikan kesemua 20 anggota PPPR dan PPO itu adalah selama setahun berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 14 Ogos 2017.

“Pelantikan bagi dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

PPPR dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dengan 11 anggota lain termasuk antaranya ialah bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz.

Turut menjadi anggota ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Nasharudin Mat Isa; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Mohd Sham Sani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Datuk Abdul Aziz Ishak.

Manakala PPO pula diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaleha Zahari dengan enam anggotanya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pensyarah UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, Datuk Azizan Abdul Rahman.


Mereka menerima watikah pelantikan tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Pelantikan 20 anggota badan bebas pemantau perjalanan SPRM itu dibuat selaras ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi memastikan suruhanjaya itu mampu membanteras gejala rasuah di negara ini secara berkesan.

Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lalu berkata, fokus utama menerajui SPRM ialah menekankan peranan suruhanjaya berkenaan dalam usaha meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori