Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Wanita Perancis: Hukuman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh seorang...

Lelaki Seludup Isteri Dalam...

TERESPOL, Poland – Seorang lelaki Perancis cuba menyeludup isterinya yang merupakan warga Rusia...

Pengisytiharan Darurat Tak Boleh...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memutuskan bahawa keputusan Yang...

Malaysia Kini Negara Ke-42...

KUALA LUMPUR - Setelah Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Kegembiraan Dunia tahun ini,...

Zaidatul Gagal Layak Ke Separuh Akhir 100m Wanita

RIO DE JANEIRO – Ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara 100 meter wanita di Stadium Olimpik, sebentar tadi.

Pelari kelahiran Pulau Pinang yang berlumba pada saringan kelapan pusingan pertama acara itu mencatat masa 12.62 saat (s) untuk menamatkan pecutan di tempat kelapan dan terakhir.

Saringan kelapan itu dimenangi English Gardner dari Amerika Syarikat yang merakam kepantasan 11.09s, diikuti Carina Horn dari Afrika Selatan (11.32) dan ketiga atlet Bulgaria, Ivet Lalova-Callio (11.35).

Secara keseluruhan, Zaidatul yang layak beraksi atas tiket ‘wildcard’ menduduki tempat terakhir daripada 64 pelumba yang beraksi pada saringan pusingan pertama itu.


Malah catatannya jelas jauh tersasar berbanding 12.12s yang dilakar di saringan pusingan kelayakan yang berlangsung pada sebelah pagi. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori