Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cuba Gaun Pengantin, Nora...

BETUL ke aktres comel Nora Danish, 34, bakal berkahwin dalam masa terdekat ini? Ini...

Enggan Bunuh Anak Beruang,...

SIFAT perikemanusiaan seorang pegawai pemuliharaan haiwan liar dari Kanada ini telah mendapat perhatian...

Rentas Daerah, Negeri Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,111 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard...

40 ADUN Pulau Pinang...

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat...

Zamihan Cadang Buat Laporan Polis Tesis PhD Diseludup Keluar

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bercadang membuat laporan polis kerana tesis doktor falsafah (PhD) beliau yang diserahkan kepada Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu lalu diseludup keluar daripada universiti berkenaan.

Zamihan berkata, perbuatan tersebut sangat jahat dan tidak bertamaduan kerana tesis bertajuk Doktrin Salafiyyah Wahhabiyyah: Kajian Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya dan Kuala Lumpur itu dipercayai diseludup keluar daripada UKM oleh golongan Wahabi.

“Sebenarnya, saya kesuntukan masa untuk hadir menyerahkan enam tesis jilid keras sebagai diminta kerana terlibat dengan sesi Seminar Daesh. Saya mengamanahkan kepada seseorang mencetak dan menjilidkan tesis berkenaan berdasarkan bahan yang saya emelkan.

“Malangnya, berlaku sedikit masalah teknikal. Bahan tesis mutakhir yang saya emelkan tidak dicetak. Sebaliknya tesis kedua terakhir yang disemak dan diperakui dengan catatan nota Timbalan Dekan PPS pula yang ‘tercetak’.

“Lebih sadis lagi,bila mana pembantu saya menyerahkan tesis itu ada pula ‘hantu wahhabi’ yang bertindak menyusup keluar bahagian lampiran tesis yang tidak mutakhir itu kepada pihak tertentu,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Zamihan berkata, kandungan tesis itu mengundang kemarahan golongan Wahabi menyebabkan mereka bertindak menuduh, memprovokasi, mentohmah, mengumpat, mengutuk dan mengugut untuk menyaman beliau dan UKM.

“Eiiii…takutnya rasa. Silakanlah. Saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan sememangnya tembelang anda akan dibongkar satu persatu. Jika anda berstatus pondan boleh melemparkan batu dengan menyembunyikan tangan. Hanya berkokok dan berdegar dalam media sosial sahaja.


“Saya akan menyiasat siapakah dalang dan menjadi ‘hantu wahhabi’ d Fakulti Pengajian Islam UKM. Saya pasti akan membuat laporan polis jika ia memerlukan tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebelum ini mendedahkan gambar satu kajian ilmiah di peringkat PhD oleh individu tertentu di laman Facebook beliau.

Beliau membayangkan, tesis tersebut berunsur pembohongan, fitnah dan mengandungi bahasa `kaki gaduh’ jalanan yang tidak diterima dalam dunia penulisan akademik.

“Bagaimanakah tiba-tiba jika ada yang memperolehi PhD sedangkan tesisnya tidak memenuhi nilai-nilai ilmiah. Pihak UKM mungkin wajar menyemak semula kualiti PhD universiti berkenaan agar tidak tercemar. Lebih dukacita lagi jika ia tesis di bahagian Pengajian Islam,” kata Asri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori