TREND Instagram (IG) mencipta period baharu dalam dunia seni visual. Foto dan video pendek menjadi bahasa dalam komunikasi gajet. IG menghidupkan IGrafi – kalau terma ini sesuai sebagai lanjutan dari budaya sinematografi dsn fotografi.
Apa pun, fakta membuktikan 55 juta foto dipaparkan tiap hari hasil perkongsian impresif 500 juta pengguna IG di seluruh dunia.
Ini menjadikan IG sebagai pustaka bahasa foto n video paling aktif.
Justeru, sesiapa sahaja yang menghargai seni lateral foto dan video pasti tidak akan mengabaikan IG.
TV AlHijrah merentas jalan baharu. Untuk pertama kali kempen Liputan Musim Haji direalisasikan via IG.
@tvalhijrah114 mula memaparkan antara 30 hingga 50 foto sehari demi memastikan IG turut mencipta trending Musim Haji. Semua foto dan video ini hasil rakaman perjalanan lima kru TV AlHijrah merentas Madinah dan Makkah.
Kempen bermula sejak 4 Ogos lalu dan akan berakhir pada 14 September ini.
Keindahan panorama Masjid Nabawi, kehidupan harian di Madinah, wajah-wajah teruja jemaah ketika menziarahi bumi suci serta IGrafi momen sekitar kota Madinah dipaparkan secara konsisten dan artistik.
Nikmati paparan seleksi foto menarik dari Madinah.