Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hasrat Undur Diri Sebagai...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah menzahirkan perancangan untuk mengundur diri...

MCA Bantu K’jaan Tingkat...

KOTA BAHARU - MCA akan membantu kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan lagi...

Lebih 1,000 Hadir Himpunan...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 orang termasuk anggota parti pembangkang dan badan bukan...

Jokowi Lancar ‘BRIM Versi...

JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada...

Zika: Rakyat Malaysia Dinasihati Jalin Seks Selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang baru pulang dari melawati negara yang mempunyai jangkitan virus Zika termasuk Singpura diminta mengamalkan hubungan seks secara selamat sekurang-kurangnya selama lapan minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, saranan itu dibuat bagi mengelakkan komplikasi kecacatan otak pada bayi mereka sekiranya mereka atau pasangan mereka mengandung.

“Individu yang dijangkiti Zika akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis.

“Namun 80 peratus daripada individu yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu menerangkan, pesakit Zika boleh menyebarkan virus tersebut kepada manusia lain melalui gigitan nyamuk aedes.

Justeru, beliau menasihati orang ramai memberi perhatian serius terhadap gejala tersebut dengan memastikan persekitaran rumah mereka bebas daripada pembiakan aedes.

Kata beliau, orang ramai turut digalakkan mengamalkan perlindungan diri daripada gigitan nyamuk seperti menggunakan repelan dan memakai pakaian berwarna terang.


Media semalam melaporkan seorang wanita warga Malaysia berusia 47 tahun menjadi pesakit pertama dijangkiti virus Zika yang dibawa oleh nyamuk aedes di Singapura.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes itu adalah kes jangkitan tempatan kerana wanita Malaysia yang bekerja di negara tersebut tiada sejarah melawat negara mempunyai jangkitan Zika.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Ksihatan telah meningkatkan pemantauan di dua pintu masuk utama di Johor.

“Kesiapsiagaan pemantauan ini termasuk menyediakan kumpulan paramedik di pintu masuk tersebut bagi menguruskan pelawat yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan Zika,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori