Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Serangan Nice: Presiden Tambah...

PRESIDEN Perancis, Farncois Hollande memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama tiga bulan, susulan...

Kumpulan Pro-Anwar Bimbang PH...

PETALING JAYA - Kumpulan pro-Anwar Ibrahim tidak bersetuju isu peralihan kuasa perdana menteri...

Pentadbiran Negara Dikuasai DAP...

KLANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan mengatakan pentadbiran negara...

Sebanyak 2,605 Kes HFMD...

KOTA KINABALU - Sebanyak 2,605 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan...

Zoo Paling Teruk Di Dunia Akhirnya Ditutup

ZOO Khan Younis di Gaza, yang dinobatkan sebagai zoo paling teruk di dunia telah ditutup manakala binatang di dalamnya yang berada dalam kebuluran itu, telah dipindahkan.

Pemindahan berkenaan dijalankan dengan bantuan kumpulan kebajikan binatang antarabangsa, Four Paws.

Antara binatang yang telah diselamatkan ialah seekor harimau yang dinamakan sebagai Laziz, monyet, burung unta dan landak. Binatang tersebut sebelum ini tidak mendapat makanan yang mencukupi hinggakan kebuluran dan kurus kering.

 width=

zoo1

zoo3

zoo4

zoo6

zoo7


Pemilik zoo berkenaan, Ziah Aweda menyifatkan penutupan zoo itu sebagai sesuatu yang menyedihkan dan keputusan itu terpaksa dilakukan susulan keadaan ekonomi Palestin yang teruk serta sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Israel.

“Saya beli binatang-binatang ini dari Libya, Sudan, Mesir dan Afrika Selatan untuk dibawa ke Gaza,’’ katanya.

Dalam pada itu, Laziz yang dianggap sebagai harimau terakhir Gaza, akan memulakan kehidupan baru di Afrika Selatan manakala binatang lain akan dibawa ke Jordan.

“Laziz dimasukkan ke dalam kenderaan tanpa halangan malah harimau itu kelihatan tenang berbanding ketika berada dalam kurungan di zoo itu.

“Laziz juga tidak diberikan ubat pelali kerana ia perlu melalui pemeriksaan perubatan serta dipindahkan ke kandang lain sebelum dibawa ke Afrika Selatan,’’ kata jurucakap Four Paws. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • zoo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori