Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rusia Lancar Agensi Berita...

MOSCOW – Mungkin belajar daripada kelemahan liputan insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh...

Lelaki Maut Tercekik Donut,...

WASHINGTON DC - Seorang lelaki mati tercekik apabila melahap donut ketika pertandingan makan...

Cool! Apple Tonjolkan Proses...

APPLE Watch yang bakal dilancarkan 24 April kelak membuatkan penggemar jam tangan pintar...

PDRM Tiada Kompromi Kes...

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu...

1 Lagi Pingat Untuk Negara, Tahniah Siti Noor Radiah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan ucapan tahniah kepada atlet paralimpik Siti Noor Radiah Ismail atas kejayaan memenangi pingat gangsa pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Siti Noor Radiah atas kejayaan memecahkan rekod Sukan Para Asia bagi acara lompat jauh wanita T20 pada temasya itu.

“Satu lagi pingat untuk Malaysia, satu lagi rekod Asia dicipta! Tahniah Siti Noor Radiah raih gangsa acara lompat jauh! #Rio2016 #KamiLuarBiasa,” tulis Najib menerusi catatan di laman Twitter @NajibRazak hari ini.

Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter (m) dalam percubaan ketiga, sekaligus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan saingan di tempat keempat dengan lompatan sejauh 4.91m. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori