Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pahang Dijangka Berdepan Tempoh...

KUANTAN - Pahang khususnya daerah Kuantan, Rompin dan Pekan dijangka berdepan tempoh lima...

Tatacara Pengurusan Tabung Warisan...

JOHOR BAHRU - Tatacara pengurusan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) akan diubah dalam...

Piala Dunia 2018: Messi...

MOSCOW (AFP) - Argentina sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu pendatang baharu Piala...

Raja Muda Perlis Nasihat...

IRBID,(Jordan) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pelajar...

10 Cedera Kemalangan 3 Kenderaan Di Batu Kurau

TAIPING – Sepuluh orang cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 20.7 Ulu Sepetang-Redang Panjang dekat Batu Kurau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata tujuh daripada yang cedera dalam kejadian 6.30 pagi itu adalah pekerja sebuah kilang di Kamunting.

Bagaimanapun, katanya, pemandu van dan semua pekerja terbabit hanya mengalami cedera ringan.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van berkenaan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan semasa dalam perjalanan dari Batu Kurau ke Kamunting.

“Akibat perlanggaran itu van berkenaan kemudian terlanggar sebuah lagi kereta jenis Produa Myvi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Harrith Kam berkata pemandu Myvi seorang wanita berumur 37 tahun cedera parah pada bahagian kaki, manakala pemandu Viva cedera ringan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori