FRANKFURT – Hanya kerana salah faham, Terminal Satu Lapangan Terbang Frankfurt Antarabangsa terpaksa dikosongkan berikutan pencerobohan keselamatan.
Ini menyebabkan penangguhan serta pembatalan penerbangan di lapangan terbang keempat terbesar di benua Eropah itu.
Seorang wanita yang difahamkan membawa dua anak bersama-samanya dilaporkan termasuk ke balai berlepas tanpa melalui pemeriksaan keselamatan.
Jurucakap polis berkata: “Sebenarnya hasil siasatan awal menunjukkan kejadian itu sekadar satu salah faham.
“Pihak kami juga tidak menemui barangan yang boleh menimbulkan syak di kawasan pelepasan susulan kawasan itu dikosongkan.â€
Kejadian itu mengakibatkan gangguan teruk terhadap operasi penerbangan, malah ada pesawat terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain di Jerman.
Pengendali lapangan terbang, Fraport berkata, kira-kira 100 penerbangan dibatalkan akibat kejadian itu.
Operasi di terminal disambungkan semula pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) dengan semua penumpang terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi. – Agensi/BH ONLINE