Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

AirAsia Akan Jual Pesawat...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd akan menjual pesawat benilai US$2 bilion (RM7.39 bilion),...

Banjir Di Temerloh Beransur...

KUANTAN - Banjir di Temerloh beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan...

Zahid Lakukan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan...

Piala AFF: KJ Harap...

LABUAN - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pihak berkuasa Vietnam memberi...

Citrawarna@Kuala Lumpur Berlangsung Penuh Warna-Warni

KUALA LUMPUR – Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 berlangsung penuh warna-warni di Dataran Merdeka malam tadi ini dengan lebih 10,000 penonton menyaksikannya.

Program edisi ke-17 itu bermula dengan gimik perasmian Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang hadir bersama Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Persembahan bertemakan kisah perjalanan mitos dan legenda setiap negeri di Malaysia disertai hampir 1,000 penari dengan membawa tema ‘Unleash the Moment, Unfold the Stories’.

Antara artis yang turut terlibat dengan persembahan Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 ialah Ruminah Sidek, Arja Lee, Ree Rahim, Vanidah Imran dan Afifah Nasir.

Sementara persembahan mitos dan legenda yang dipersembahkan termasuk Legenda Tasik Chini dari Negeri Pahang, Merong Mahawangsa (Kedah), Puteri Limau Purut (Perak), Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Puteri Gunung Ledang (Johor), Hang Tuah 5 Bersaudara (Melaka), Huminodun (Sabah) dan Tugau (Sarawak).

Persembahan kisah mitos dan legenda turut diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan daripada masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli.


Pelbagai elemen tarian kebudayaan masyarakat Malaysia diterapkan dalam setiap persembahan termasuk Dondang Sayang, Zapin, Ulik Mayang, Canggung, Asyik, Wau Bulan dan Mak Inang.

Selain persembahan tersebut penonton turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan seperti Ayda Jebat, Alyah, Bunkface, Drama Band, Aweera dan Sissy Iman.

Program Citrawarna diperkenal buat pertama kali pada 1999 bagi mempromosi dan meraikan kesenian, warisan, budaya dan alam semula jadi serta keunikan Malaysia melalui persembahan lampu, muzik, tarian dan bunga api. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori