Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Petronas Beri Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Petronas dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyerahkan sumbangan berupa...

Hudud: Mahkamah Tinggi Tolak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bantahan awal...

Penganggur Didakwa Bunuh Kenalan...

JOHOR BAHRU - Seorang pengganggur lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

7 Produk Kecantikan Murah...

USIA remaja merupakan fasa di mana kita sedang membesar dan mencari jati diri....

12 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Tukang Cat

SETIU – Seramai 12 individu berusia antara 23 hingga 55 tahun telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tukang cat di Kampung Jelapang, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata kesemua mereka yang terdiri daripada anggota keluarga, jiran dan rakan mangsa telah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis.

Pihaknya juga masih giat mengesan motif sebenar kejadian tembakan tersebut.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih giat dijalankan dan siasatan meliputi semua aspek masih diteruskan bagi mencari petunjuk kes ini. Kita juga telah merekodkan percakapan kesemua individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Isnin lalu seorang tukang cat yang dikenali Edry Alias ditemukan mati selepas terkena beberapa das tembakan di kediaman bapa saudaranya.


Mangsa yang berusia 37 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh bapa saudaranya kira-kira pukul 4.30 pagi selepas pulang dari Bandar Kuala Terengganu.

Sebelum ini pihak polis juga telah menahan dua lelaki masing-masing berusia 37 tahun dan 46 tahun ditahan di Balai Polis Setiu bagi membantu siasatan, pada hari kejadian.

Kedua-dua mereka direman sehingga 26 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori