Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Namewee Mengenai Lokap...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan bahawa dakwaan dan gambaran buruk...

Tindakan Pada Syarikat Ladang...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat tempatan yang beroperasi...

KeTTHA Bangun Silibus Teknologi...

KOTA BHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil inisiatif membangunkan...

Bekas Penjaga Gol Barcelona,...

LONDON - Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes kini berlatih untuk Manchester United,...

2 Maut Kemalangan 5 Kenderaan Di Sri Aman

KUCHING – Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori, van, dua Perodua Alza dan sebuah Perodua Viva di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei tengah hari ini tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu, Garysion Bekeng, 31, seorang anggota Polis Gerakan Am yang juga penumpang kereta Alza serta Afian Rajuli, 44, yang menaiki van, maut di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati lori yang dari arah Sri Aman telah hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan ketika menuruni bukit berselekoh di kawasan berkenaan.

Akibat kejadian itu, lori itu melanggar van berkenaan menyebabkan ia berpusing sebelum melanggar salah sebuah Perodua Alza, katanya ketika dihubungi di sini.

Pada masa sama, katanya Perodua Viva yang datang dari belakang pula melanggar belakang sebuah lagi Perodua Alza berkenaan sebelum merempuh sebuah lagi kereta Perodua Alza.


Katanya, sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dengan enam anggota tiba di tempat kejadian pada 1.15 tengah hari untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Lima mangsa dalam kereta Alza bagaimanapun terselamat kecuali seorang yang cedera ringan manakala dua yang menaiki kereta Viva turut terselamat,” kata Farhan.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh tiga kilometer di kedua-dua arah jalan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori