Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sebar Ayam Dihidangkan Ada...

CHINA - Restoran makanan segera KFC hari ini memfailkan saman terhadap tiga syarikat...

Ong Gesa PKS Terjejas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggesa perusahaan kecil dan...

Muka Mia Diconteng Kerana...

GARA-GARA pelakon Mia Ahmad menjadi model iklan ayam goreng terkenal, sepasang suami isteri...

Pelabur Asing Lupus RM1.04...

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membuat jualan sebanyak RM1.04 bilion ekuiti tempatan pada...

2 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Taman Datuk Senu

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah teres dua tingkat yang didiami tujuh keluarga di Jalan 4, Taman Datuk Senu, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata ketika kebakaran kira-kira 8.30 malam itu, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

“Sejumlah 29 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah dan Gombak berjaya mengawal kebakaran dalam masa 22 minit daripada merebak ke rumah yang berhampiran.

“Kemusnahan dianggarkan 70 peratus. Kebakaran bermula dari sebuah unit rumah dan merebak hingga melibatkan keseluruhan dua unit rumah di bahagian atas,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Samsol berkata tiada penghuni mengalami kecederaan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesemua penghuni ditempatkan di sebuah dewan masyarakat di sini buat sementara waktu.

Mohd Halim Mohd Yusof, 56, pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumour (DBKL), yang tinggal di tingkat bawah berkata ketika kejadian beliau sedang makan sebelum mendengar jeritan anaknya mengatakan kebakaran di bahagian atas rumahnya.


Bapa kepada dua orang anak yang berumur 34 dan 32 tahun itu berkata beliau hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen dan perabot dalam kebakaran itu.

Rosni Muis, 60, suri rumah, menyedari kebakaran itu berlaku apabila jiran yang berniaga di hadapan rumah menjerit mengenai kebakaran di atas rumahnya.

Rosni tinggal bersama lima anak dan seorang cucu telah menetap 38 tahun itu telah berjaya menyelamatkan beberapa dokumen penting dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian saya baru lepas sembahyang maghrib sebelum menyuruh kesemua anak saya keluar dari rumah secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori